Jumat, 13 Februari 2015

Karakter BoBoiBoy










BoBoiBoy Original


BoBoiBoy berusia 10 tahun (11 tahun dalam musim kedua). Dia memakai topi berwarna jingga bertompok kuning dan mempunyai motif raksasa yang bertanduk tiga menggarisi rentas tengah topi, bermulut jongang tetapi tidak bermata, dengan birainya menghadap ke belakang dan digarisi dengan tiga batang tanduk di tengah-tengah topi. BoBoiBoy memakai jaket tanpa lengan jingga yang berzip dengan lungsur zip yang berbentuk panahan petir, dengan kemeja T berdada putih dan berlengan perang di dalam, serta seluar panjang yang berwarna perang tua juga.

Dalam musim kedua, jaketnya berlainan kerana mempunyai hud serta lipatan luaran berwarna kuning di setiap hujung.

Dalam musim ketiga pula, pakaiannya hampir sama dengan pakaian musim keduanya tetapi jaketnya mempunyai poket.

Mengikut konsep asal, topi BoBoiBoy sepatutnya ada tiga biji mata supaya ia nampak seperti anak raksasa yang comel. Lungsur zipnya juga tiada bentuk panahan petir.



#@#@#@#@#@#@#@#@#




BoBoiBoy Api


BoBoiBoy Api memiliki jam kuasa yang mampu mengawal elemen api. Kuasanya berupaya untuk menyerang musuh dari jarak jauh. Ia mempunyai kuasa kreatif dan bersemangat.

Bebola Api: Serangan jarak jauh yang memerlukan BoBoiBoy Api menggumpulkan kuasa api dalam tangannya kemudian membentuk sebuah bola yang diakahiri melepaskannya untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh.
Bola Tampar Berapi: Serangan jarak jauh yang memerlukan BoBoiBoy Api menjelmakan teknik Bebola Api dan digabungkan dengan teknik pukulan Volley Bola Tampar untuk menambahkan kelajuannya.
Serangan Bebola Api: Teknik menyerang berganda yang menggunakan Bebola Api sebagai senjata utama yang dimulakan dengan teknik lontaran bola lisut bebola api dan diakhiri dengan beberapa siri serangan bebola api.
Serangan Bebola Api Bertalu-Talu: Teknik menyerang menggunakan bebola api sebagai senjata lalu diapungkan untuk menyerang musuh dari atas secara bertalu-talu.
Sepakan Penalti Bebola Api: Serangan jarak jauh yang memerlukan BoBoiBoy Api untuk mengeluarkan bola api kemudian menendangnya dengan teknik tendangan basikal ke arah musuhnya.
Lingkaran Api (Bukan nama rasmi): Sebenarnya bukan teknik menyerang mahupun pertahanan hanya untuk bergembira yang menggunakan gegelung biasa lalu ditambah api untuk bersuka ria.
Bebola Matahari (Bukan nama rasmi):Teknik serangan terkuat BoBoiBoy Api yang menggunakan bebola api sebagai asas lalu ditambahkan kuasa lalu membesar kepada saiz gergasi untuk menyerang musuhnya pada keluasan yang besar.
BoBoiBoy Api tampak nampak kuat tetapi mempunyai kelemahan yang nyata iaitu cepat marah dan sering teruja mengakibatkan dia sering seakan tidak dapat mengawal kuasan.

BoBoiBoy Api menggunakan pakaian yang hampir serupa dengan BoBoiBoy Halilintar, Cuma jaket mengenakan warna yang agak cerah iaitu, jingga kemerahan dan tidak berzip yang menampakan baju dalamnya yang berwarna putih serta tidak menutup lenganya seakan-akan baju dalamnya adalah baju singlet dan berseluar hitam serta kasut yang sama warna dengan jaketnya. Cara pemakaian topinya adalah sama seperti BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Air tetapi kedudukan topinya lebih tinggi di atas kepalanya sehingga menampakan rambutnya yang berpacak-pacak. Memiliki kocek pada jaketnya seperti BoBoiBoy yang lain dan iris matanya berwarna jingga.

Ia mempunyai baju dan seluar diringkaskan, serasi dengan perwatakan Api yang selalu bergerak.



BoBoiBoy Api seorang yang sangat hiperaktif, periang, suka berjenaka dan memiliki perwatakan yang hampir sama dengan BoBoiBoy Taufan iaitu sering tersenyum dan periang namun dia memiliki sifat pemarah. Ia adalah seorang yang perwatakan suka bergurau dengan kuasa apinya dan sentiasa tertawa.

Kelemahannya pun cepat marah dan senang hilang kawalan kuasa.





#@#@#@#@#@#@#



 BoBoiBoy Air



BOBOIBOY AIR merupakan salah satu dari BOBOIBOY baru ( API & AIR ) yg akan muncul pada musim ke-3 sesuai namanya ia dapat mengawal elemen air BOBOIBOY AIR muncul sebagai pelengkap BOBOIBOY API


BOBOIBOY AIR merupakan seorang yg pendiam dan tak banyak cakap ia adalah seorang yg berwatak tenang dan rileks seperti air yg tenang ia dapat mengawal kuasanya dengan baik seperti BOBOIBOY TANAH

BOBOIBOY AIR menggunakan pakaian yg agak serupa dengan BOBOIBOY PETIR cuma topi dan jaket berwarna hitam hingga kepergelangan tangannya ia memakai seluar berwarna hingga pergelangan kaki ujung lengan jaketnya berwarna putih memiliki kasut berwarna biru dan hitam tetapi warna birunya berbeza dengan kasut BOBOIBOY TAUFAN tidak memiliki topi pada jaketnya seperti BOBOIBOY lain memiliki kocek pada jaketnya iris matanya berwarna biru

*PEDANG AIR: ( belum ada penjelasan )
* PERISAI AIR ( belum ada penjelasan )
* PUSARAN AIR ( belum ada penjelasan )


BOBOIBOY AIR memiliki kelemahan yg berbeza dengan BOBOIBOY lain iaitu tidak suka berlawan dan suka berehat




   #@#@#@#@#@#



 BoBoiBoy Halilintar.




BOBOIBOY PETIR bertukar menjadi BOBOIBOY HALILINTAR dengan sendirinya maupun apabila menjadi sangat marah dalam bentuk ini personalitinya lebih garang dan sedikit mengawal kemarahan diri dia juga merupakan seorang budak yg sangat serius terutama dalam pertarungan melawan musuh meskipun pemarah dan sangat serius BOBOIBOY HALILINTAR tetap seorang wira yg setia membantu kawan-kawannya dalam musim ke-2 BOBOIBOY memperbolehkan bertukar terus kebentuk HALILINTAR tanpa tanpa perlu berpecah menjadi 3.

        
BOBOIBOY HALILINTAR memakai pakaian yang serupa dengan BOBOIBOY PETIR cuma jaket dan seluarnya berbentuk warna menjadi serba hitam dengan lengan jaket yg merah dan corak bermotif kilat merah berpijar iris matanya beruba selepas bertukar kepada boboiboy halilintar
dalam musim 2 boboiboy kelihatan memakai jaket berzip penuh dan lipatan pada lengan berwarna merah motif pada pakainya tidak beruba dan masih mengekalkan konsep kilap merah yg berpijar


*PEDANG HALILINTAR ( THUNDER BLADE ): senjata khusus BOBOIBOY HALILINTAR yg berbentuk sepasang pedang kilat merah panjang yg digunakan untuk menyerang lawan versi tingkatan dari keris petir 2 bila pedang HALILINTAR juga memperbolehkan BOBOIBOY HALILINTAR untuk meluncur keudara
* KERIS PETIR ( LIGHTHING BOIT ): dalam episod 11 BOBOIBOY HALILINTAR menggunakan keris petir..keris petir versi BOBOIBOY HALILITAR lebih besar dan berwarna merah
* GERAKAN KILAT ( LIGHTHING SPEED ) kelajuan bergerak sepantas kilat
* BOLA KILAT ( THUNDER SPHERE ) gumpalan tenaga petir yg kuat digunakan untuk menyerang musuh dari jarak jauh
* KILAUAN KILAT ( FLASH SHINE ) BOBIBOY melepaskan tenaga petir yg kuat diseluruh badannya untuk membentuk cahaya kilat yg menyilaukan pandangan lawannya untuk tempoh waktu yg pendek
* RETAKAN HALILINTAR: BOBOIBOY mampu meretakan sembaran pelindung musuh menggunakan tetakan dari pedang halilintar
*PELINDUNG HALILINTAR ( LIGHTHING SHIEID ): medan kuasa halilintar yg digunakan untuk melindungi diri dari sekali gus meranjat musuh yg cuba untuk memecah pelindung halilintar
*HUJAN HALILINTAR ( LIGHTHING RAIN ): pedang halilintar yg dicampak ke atas langit dan kemudian menjatuhkan beratus2 pedang halilintar ke bumi
* PEDANG MEGA HALILINTAR ( MEGA LIGHTHING BLADE ): kuasa gabungan kombo bersama BOBOIBOY GEMPA dan BOBOIBOY TAUFAN dengan penghasilkan bila pedang halilintar yg besar untuk mengalahkan robot P.E.T.A.I
* HALILINTAR SLASH: serangan terkuatnya dengan menghasilkan pedang halilintar dan mencincang musuhnya berulang-ulang kali dalam pengerakkan yg sangat laju
* GERAKAN COMBO GERUGI HALILINTAR & TAUFAN : serangan kombo bersama BOBOIBOY TAUFAN dengan menghasilkan gerudi taufan yg memuncung pedang mega halilintar untuk menyerang musduh dari atas dengan kelajuan yg sangat pantas




#@#@#@#@#@#@#@#





BoBoiBoy Gempa

 
  BoBoiBoy Gempa merupakan bentuk yang dipertingkat bagi BoBoiBoy Tanah. Dia muncul buat julung kalinya dalam episod akhir musim pertama BoBoiBoy, setelah BoBoiBoy Tanah getir melihat semua kawan-kawannya teruk ditumpaskan oleh Robot Pemusnah Mukalakus panduan Adu Du.

 
Kuasa Gempa: tingkatan Kuasa Tanah. Sesetengah kuasanya hampir sama dengan kuasa BoBoiBoy Tanah, tetapi lebih kuat dan dapat dikawal/dimanipulasikan dengan lebih baik.

Giga/Golem Tanah (Earth Golem)- Kuasa istimewa Gempa, gergasi batu yang berperanan membantu Gempa melawan musuh.Pergerakan Giga dikawal dengan gerak-geri badan BoBoiBoy Gempa.
Tumbukan Tanah (Earth Power Punch)- Gempa menumbuk tanah menghasilkan beberapa bongkah dengan hujung runcing berpusing ke arah musuh.
Tanah Pelindung  (Earth Wall) - Tanah pelindung kuat dan untuk melindungi diri.
Cengkaman Tanah (Rock Grab)  - Mencengkam musuh dengan erat. Sama seperti tanah pencengkam
Tanah Tinggi Pencengkam (Grapping Earth Pillar) - Mengeluarkan tangan batu daripada tanah lalu mencengkam musuh yang berada tinggi di udara.
Golem Naga Tanah (Earth Golem Dragon) -Kuasa istimewa yang kedua bagi BoBoiBoy Gempa, dengan menghentak kedua-dua tanganya ke tanah lalu menjelmakan raksasa batu yang berbentuk seekor naga.
Ombak Tanah (Earth Waves) - Menyerang musuhnya dengan menjelmakan ombak daripada untuk yang bertujuan untuk menyerang musuhnya atau menghalaunya.
Tanah Pemenuh: Digunakan untuk memenuhi tanah-tanah bagi memenuhi bahagian tanah yang kosong.
Bola Tanah: Serangan pertahanan bagi BoBoBoy Gempa dengan menghasilkan bola daripada tanah untuk melindungi dirinya.
Bukaan Tanah: Digunakan untuk membuka tanah sebesarnya.
Tutupan Tanah: Setelah menggunakan Bukaan Tanah lalu mengugurkan tanah berdekatan untuk memerangkap musuhnya.
Ribut Pasir: Serangan gabungan bersama BoBoiBoy Taufan untuk menghasilkan ribut pasir yang berupaya untuk mengaburi musuhnya.
Tanah Tajam: Mengeluarkan tanah yang tajam bertujuan untuk mecucuk musuh dari atas.
Tarikan Tanah: Sama seperti tanah tajam tetapi kegunaannya adalah bertujuan untuk tempat berpegang.  
   

BoBoiBoy Gempa memakai pakaian yang serupa dengan BoBoiBoy Tanah, tetapi juga bertukar warna. Jaketnya berwarna dua itu perang muda dan perang tua yang terpisah dengan jalur bermotif gempa kuning menyilau. Lengannya berwarna perang tua dan kemeja di sebalik jaket itu berwarna merah. Topi dan seluarnya berwarna hitam keperangan dengan corak gempa kuning menyilau. Matanya bertukar warna kuning juga. Penting sekali, tangannya bertukar menjadi hitam bertompok api-api seakan-akan batu igneus dan lahar yang terdapat pada gunung berapi yang meletus.
   
 
   
Berbeza dengan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa nampaknya tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang ketara dalam pembawaan diri. Pada kali pertama transformasi BoBoiBoy Tanah kepada bentuk ini, dia kelihatan getir, kurang bermaya dan tertekan apabila berdepan dengan musuh setelah melihat semua kawan-kawannya, termasuk dua BoBoiBoy yang lain kecundang dalam pertempuran. Akhirnya dia berubah kepada bentuk Gempa setelah memaksa diri untuk mengumpul tenaga untuk mendapatkan kuasa baru. Gempa juga seorang budak yang sangat serius, terutama dalam pertarungan, seperti BoBoiBoy Halilintar, tetapi dia dapat mengawali kemarahan lebih baik dibandingkan Halilintar. Ia juga boleh disebut sebagai BoBoiBoy yang paling bijak diantara ketiganya dan merupakan pemimpin yang baik.




   #@#@#@#@#@#@#


BoBoiBoy Taufan




BoBoiBoy Taufan merupakan bentuk yang dipertingkat bagi BoBoiBoy Angin. Dia muncul buat julung kalinya dalam episod 22 setelah BoBoiBoy Angin terlebih makan biskut yang dicemari oleh bahan kimia Adu Du.


Kuasa Taufan merupakan tingkatan kuasa bagi Kuasa Angin. BoBoiBoy Taufan mampu menggunakan kuasa tingkatannya secara automatik tanpa perlu dipelajari atau dikuasai terlebih dahulu. Seperti kuasa tingkatan yang lain, kuasa untuk bentuk tingkatan tidak boleh/ tidak pernah digunakan oleh BoBoiBoy yang asal.

Bola Taufan (Cyclone Stormball): Gumpalan angin kencang berbentuk bola kecil yang menghembuskan lawan dari jarak dekat apabila dilepaskan dan menyebabkan lawan terpelanting secara berpusing.
Cakera Udara (Cyclone Boomerang): Senjata hasilan taufan berbentuk boomerang yang dilancarkan ke arah lawan dari jarak jauh.
Gerudi Taufan (Cyclone Drill): BoBoiBoy Taufan menghasilkan puting beliung mini ditangannya yang digunakan sebagai gerudi untuk menyerang pihak lawan dan musuh ataupun memutarkan dirinya untuk mencipta versi yang lebih besar.
Perisai Taufan (Cyclone Shield Ball): Teknik pertahanan terunggul BoBoiBoy Taufan yang digunakan untuk menangkis sebarang serangan.
Hoverboard Taufan (Cyclone Hoverboard): Kelengkapan khas untuk BoBoiBoy Taufan berbentuk papan luncur membolehkan BoBoiBoy Taufan bergerak bebas diudara.
Pusaran Taufan (Storm Dodge): mempelantingkan benda yang 2x lebih besar (contoh: biskut Yaya) ,akan ada angin puting kecil disela selanya, dan akan bertambah kecepatanya 3x lebih kencar daripada dilempar seperti biasa.
Pusaran Angin Kencang (Vortex Winds): Boboiboy gempa mengeluarkan jurus tanah yang dipakainya dan membentuk pasir untuk membantu Boboiboy Taufan mengeluarkan jurus Pusaran Angin Kencang.
Deruan Angin Vertikal: Jurus pengangkutan bagi BoBoiBoy Taufan yang mencipta pusaran di sekelilingnya untuk mengangkut rakan yang dua kali ganda besar daripada dirinya ke langit.
Gerudi Mega Taufan: Gerakan kombo antara BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Halilintar yang memerlukannya menghasilkan gerudi mega di tangan Giga untuk mengalahkan musuh yang kuat.
Ribut Pasir: Serangan gabungan bersama BoBoiBoy Gempa yang memerlukannya menghancurkan tanah yang diseru oleh BoBoiBoy Gempa kepada kepingan disebarkannya melalui Pusaran Angin Kencang ke semua arah yang mampu mengaburi mata musuh.
Deruan Ribut: Teknik gabungan menyerang dan pertahanan yang memerlukannya menghasilkan ribut taufan yang kencang di sekeliling musuhnya.
Kokun Angin: Teknik pertahanan BoBoiBoy Taufan yang menghasilkan perisai taufan yang mampu memesongkan serangan musuh.
Gerakan Kombo Gerudi Halilintar dan Taufan: Serangan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dengan menghasilkan Gerudi Taufan yang bermuncungkan Pedang Mega Halilintar untuk memyerang musuh daripada atas dengan kelajuan yang sangat pantas.



BoBoiBoy Taufan memakai pakaian yang serupa dengan BoBoiBoy Angin, cuma jaket dan seluarnya bertukar warna menjadi biru tua, dengan lengan jaket yang berwarna putih dan corak bermotif angin biru yang berpijar. Corak pada bajunya berkilau apabila bertukar. Topinya bercorak biru putih dan kuning. Iris matanya bertuk ar menjadi biru muda.



BoBoiBoy Angin bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan dengan kawalan sendiri ataupun apabila terangsang oleh sesuatu yang menggelikan hati. Dalam bentuk ini, pembawaannya menjadi lebih periang daripada biasa dan sedikit gila-gila terutamanya apabila memakan biskuit yaya yang bercampur dengan cairan emosi X dalam Episod 21 & 22. BoBoiBoy Taufan juga memiliki selera humor yang tinggi, tapi dia tahu waktu untuk bersikap serius.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar